Berita
Razali peka keselesaan penduduk Kampung Sawah Lebar
SENALING: Penyelaras DUN Senaling, Tuan Mohd Razali Abdul Latif telah turun padang bagi melihat sebuah rumah yang mengalami bumbung bocor dan masalah sistem perparitan di Kampung Sawah Lebar.
Mohd Razali berkata, bumbung rumah tersebut didapati telah usang dan akan ditukar kepada bumbung baru.
“Masalah sistem perparitan pula akan diselesaikan dalam masa terdekat.
“Terima kasih kepada Pengerusi MPKK Kampung Sawah Lebar, Encik Mizan yang memaklumkan kepada saya masalah ini,” kata Mohd Razali.