Berita
Razali sumbang bakul makanan kepada penduduk kurang kemampuan Tanjung Pauh
SENALING: Penyelaras DUN Senaling, Tuan Mohd Razali Abdul Latif telah memberikan sumbangan bakul makanan kepada beberapa orang penduduk yang kurang berkemampuan di Tanjung Pauh.
Mohd Razali berkata, penerima bakul makanan tersebut terdiri daripada warga emas dan asnaf.
“Sumbangan ini diberikan bagi membantu meringankan beban mereka.
“Serahan telah diberikan oleh Encik Razak sebagai wakil saya,” kata Mohd Razali.