Menarik
Rebin santuni pesakit jantung
PALONG: Penyelaras DUN Palong, Tuan Rebin Birham telah menyantuni Nur Insyirah Mohd Nazib, yang menghidapi masalah injap jantung yang rosak di kediamannya di Felda Palong 3.
Rebin berkata, bagi pihak Kerajaan Negeri Sembilan, saya akan membantu adik Nur Insyirah, terutamanya kos rawatan beliau.
“Selain itu, saya juga turut memberikan sumbangan barangan keperluan asas kepada beliau.
“Saya doakan segala urusan beliau dipermudahkan,” kata Rebin.