BeritaProgram

RM0.5 juta galak masyarakat usaha kebun komuniti

Inisiatif Muafakat Tani

BAJET 2023: Bagi mengimbangi beban kos sara hidup rakyat dan seterusnya memupuk minat bertani di kalangan isi rumah dan komuniti, inisiatif Muafakat Tani akan diperkenalkan pada tahun 2023.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, melalui inisiatif ini pakej bantuan diberikan iaitu Pakej Personal bernilai RM1,000 bagi seorang peserta dan Pakej Komuniti bernilai RM15,000 setiap komuniti.

“Bantuan kewangan ini akan diberikan dalam bentuk pemberian kit pertanian seperti benih, baja dan tanah campuran bagi memulakan tanaman dengan jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak RM500,000.

“Diharapkan ianya memberikan galakan kepada masyarakat untuk melaksanakan kebun komuniti masing-masing bagi mengurangkan kos belanja barangan dapur,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button