Berita
RM1.24 juta dibelanjakan bantu pesakit ortopedik
SEREMBAN: Sebanyak RM1.24 juta telah dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri bagi membantu pesakit ortopedik yang kurang berkemampuan bagi menjalani pembedahan implan.
Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, jumlah tersebut telah memberi manfaat kepada 210 orang pesakit.
“Jumlah RM1.24 juta tersebut adalah daripada tahun 2020 hingga April 2023.
“Ia juga merupakan bantuan rawatan fistula untuk pesakit buah pinggang yang perlu menjalani rawatan dialisis di Hospital Mawar, NS Chinese Maternity Hospital dan Hospital Az-Zahra Bangi, Selangor.
“Dalam pada itu, sebanyak RM2 juta diperuntukkan Kerajaan Negeri yang bertujuan membantu pesakit hemodialisis yang kurang berkemampuan,” kata Aminuddin.