BeritaMenarikProgram

RM25 juta diperuntuk untuk pembinaan Masjid Terapung Port Dickson

SEREMBAN: Kerajaan memperuntukkan RM25 juta bagi pembinaan Masjid Terapung Port Dickson.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun (Sikamat-PH) berkata, anggaran kos pembinaan Masjid Terapung adalah sebanyak RM 25 juta.

“Pada 18 Februari 2023, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan peruntukan Kerajaan Persekutuan sebanyak RM15 juta.

“Baki RM10 juta akan dibiayai oleh Kerajaan Negeri.

“Status semasa adalah di peringkat penilaian teknikal kesesuaian tapak lokasi pembinaan projek.

“Tiga tapak telah dikenalpasti dan akan dinilai kebolehlaksaan projek berkenaan,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian bagi menjawab pertanyaan ADUN Bagan Pinang, YB Abdul Fatah Zakaria (PN) di Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Yang Ke-15 di Seremban.

Show More

Related Articles

Back to top button