Berita

200 peserta meriahkan Kayuhan Amal Solidariti Palestin

SIKAMAT: Seramai 200 orang peserta telah memeriahkan program Kayuhan Amal Solidariti Palestin.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, peserta program tersebut perlu membuat kayuhan sejauh 10 kilometer.

“Dalam pada itu, separuh daripada bayaran yuran penyertaan disumbangkan kepada rakyat Palestin.

“Saya juga ingin mengingatkan kepada rakyat Negeri Sembilan bahawa Tabung Amal Palestin masih dibuka.

“Mereka yang ingin membuat sumbangan boleh disalurkan kepada Akaun Bendahari Negeri Sembilan,” kata Aminuddin.

Berikut adalah maklumat akaun bank:

CIMB Bank

8605701731

Akaun Palestine : Bendahari Negeri Sembilan, NS – Akaun Terimaan Khas

Show More

Related Articles

Back to top button