Berita

R&R Ulu Bendul dibaikpulih dengan kos RM500,000

KUALA PILAH: Kerajaan Negeri melalui Majlis Daerah Kuala Pilah telah berjaya memulihkan bangunan Kompleks R&R Ulu Bendul yang juga sekian lamanya usang dan terbiar dan menjadi rungutan ramai.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, bangunan tersebut telahpun dibaikpulih semula melalui peruntukan kerajaan berjumlah RM500,000 dan telahpun dibuka Kedai Makan Zaini Salai di kawasan berkenaan.

“Majlis Daerah Kuala Pilah juga telah melaksanakan program pengindahan Bandar Kuala Pilah dengan mencantikkan lorong lorong belakang kedai melalui mural dan pencahayaan seperti projek Mural Pilah Singgah Seni di Bus Stand Pilah dan bangunan di sekitar Kuala Pilah.

“Selain dari pengindahan, saya juga mengucapkan syabas atas inisiatif Majlis Daerah Kuala Pilah dalam menjadikan Kuala Pilah sebagai Bandar Selamat.

“Sebanyak 5 CCTV telah dipasang di sekitar Bandar Kuala Pilah bagi memastikan keselamatan warga Kuala Pilah dan pelancong,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Majlis Perasmian Pentas Terbuka dan WIFI Percuma Dataran Kuala Pilah, Majlis Perasmian Pilah Gateway dan Majlis Penyerahan Hakmilik atau Geran Tanah Pajakan Kepada Hak Milik Geran Tanah Kekal (Lease Hold to Free Hold) di sini pada Isnin.

Show More

Related Articles

Back to top button