Menarik

Rumah individu OKU dibaik pulih: ARUL KUMAR

NILAI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nilai, YB J.Arul Kumar telah memberi sumbangan kewangan kepada seorang individu orang kurang upaya (OKU) di Kampung Mantin Dalam.

Arul Kumar berkata, keadaan rumah yang diduduki oleh individu tersebut mengalami kerosakan.

“Kerosakan yang berlaku perlu dibaiki secepat mungkin.

“Oleh itu, sumbangan kewangan yang saya berikan bagi membantu beliau menampung kos baik pulih rumah tersebut,” kata Arul Kumar.

Turut hadir, Ketua Kampung Mantin Dalam, Puan Nor Azizah Abdul Malik.

Show More

Related Articles

Back to top button