Berita

Rusli peka permasalahan rakyat DUN Linggi

LINGGI: Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah telah mengadakan sesi bertemu rakyat di Pejabat Penyelaras DUN Linggi.

Rusli berkata, aktiviti tersebut dilakukan bagi mendengar permasalahan yang dihadapi oleh rakyat setempat.

“Antara isu yang dibangkitkan adalah pendidikan, ekonomi dan juga kesihatan.

“Saya akan berusaha menyelesaikannya mengikut keutamaan.

“Saya juga akan memberikan komitmen untuk menyelesaikan segala isu yang diutarakan pada kadar segera,” kata Rusli.

Show More

Related Articles

Back to top button