Berita

Rusli serah Sijil Khairat Kematian kepada 236 penerima

LINGGI: Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah telah menyampaikan Sijil Khairat Kematian kepada 236 penerima di DUN Linggi.

Rusli berkata, Kerajaan Negeri Sembilan telah memperuntukkan sebanyak RM1.5 juta menerusi pelan Takaful Khairat Kematian membabitkan caruman kepada anggaran 34,562 ketua isi rumah di negeri ini.

“Inisiatif ini adalah dibawah Belanjawan Kerajaan Negeri Sembilan 2021 dan menzahirkan rasa prihatin dalam membantu meringankan beban waris.

“Semoga dengan adanya inisiatif ini, ianya dapat memberikan manfaat kepada waris,” kata Rusli.

Show More

Related Articles

Back to top button