Rusli sumbang bakul makanan kepada 90 keluarga dikuarantin Covid-19
LINGGI: Sebanyak 90 pek bakul makanan telah disalurkan kepada keluarga yang dikuarantin akibat Covid-19 di DUN Linggi.
Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah berkata, peningkatan kes yang semakin meningkat amat membimbangkan dan berharap agar semua pihak perlu menjaga SOP agar penularan wabak dapat dikurangkan.
“Kawasan yang terlibat adalah di Kampung Telok, Kampung Sungai Raya, Kampung Tanjung Agas, Kampung Bukit Tembok, Kampung Sawah Sunggala, Kampung Sungai Sekawang, Kampung Segenting, Kampung Pengkalan Durian, Kampung Permatang Pasir, Kampung Pasir Panjang dan Kampung Telok Pelandok.
“Hampir keseluruhan kawasan DUN Linggi dilanda Covid-19, dan saya menasihati semua Pengerusi MPKK agar menghentikan sementara program yang melibatkan orang ramai sebagai langkah berjaga-jaga,” kata Rusli.