Berita

SAINS FC akan beraksi di Liga M3 musim ini

SEREMBAN: Pasukan bolasepak SAINS FC akan beraksi di Liga M3 tidak lama lagi,” kata Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun.

“Tahniah diucapkan kepada pasukan SAINS FC di atas kejayaan menjuarai Liga M4 sebelum ini yang melayakkan pasukan ini beraksi di Liga M3 pada tahun ini.

“Apa yang membanggakan, sebahagian besar pemain pasukan ini adalah kakitangan Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS).

“Besarlah harapan saya agar SAINS FC dapat menjuarai kejohanan ini dan seterusnya melayakkan diri ke Liga Perdana pada musim akan datang,” kata Aminuddin di majlis pengenalan pemain SAINS FC.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button