Berita

JELEBU: Jambatan Bailey Kampung Bemban siap

JELEBU: Jambatan Bailey sementara di Kampung Bemban, Simpang Durian telah disiapkan pada 19 Januari lalu bagi menggantikan jambatan asal yang runtuh akibat banjir tempoh hari.

Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, pembinaan jambatan ini melibatkan kakitangan daripada Jabatan Kerja Raya Kuala Pilah serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Untuk makluman, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan peruntukan bagi sebuah jambatan kekal dalam lawatannya pada 21 Disember lalu.

“Kerajaan Negeri Sembilan mengharapkan pihak kerajaan persekutuan dapat menyalurkan peruntukan tersebut dengan kadar segera agar pembinaan jambatan kekal dapat dilaksanakan serta disiapkan sebelum musim tengkujuh hujung tahun ini,” kata beliau.

Dalam program ini Aminuddin turut menyampaikan sijil penghargaan kepada hampir 24 agensi yang terlibat dalam membantu bencana banjir yang melanda Jelebu tempoh hari.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button