Berita

SAINS meterai perjanjian bersama PAIP

PORT DICKSON: Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) telah menandatangani Perjanjian Bekalan Air Pukal bersama Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP).

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, perjanjian belian ini dilakukan bagi memastikan penduduk di Felda Serting Hilir 1 hingga 7 menerima bekalan air terawat.

“Hal ini kerana kawasan tersebut merupakan penghujung sistem retikulasi SAINS.

“Pembelian air terawat melalui Loji Rawatan Air Bera ini akan diagihkan kepada 1,600 akaun pengguna di kawasan tersebut.

“Majlis tandatangan ini juga turut disaksikan oleh Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

“Saya berharap agar perjanjian dua pihak ini dapat memberi impak dan manfaat kepada pengguna di Felda Serting Hilir dan kawasan sekitarnya,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button