Berita

Sambutan Hari Kebangsaan mengenang jasa tokoh zaman silam

SEREMBAN: Sambutan Hari Kebangsaan diadakan bagi menghargai serta mengenang jasa para tokoh yang berjuang untuk memerdekakan negara daripada jajahan luar.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, perit getir yang mereka tempuhi perlu dijadikan iktibar kepada generasi hari ini.

“Dalam pada itu, Sambutan Hari Kebangsaan yang diadakan tempoh hari di Padang Majlis Bandaraya Seremban telah mencatatkan kehadiran seramai 15,000 orang.

“Daripada jumlah itu menunjukkan bahawa masyarakat di Negeri Sembilan sedar bahawa perpaduan dan keharmonian rakyat adalah tiang seri dan kekuatan negara tercinta ini.

“Walaupun begitu, saya percaya bahawa perpaduan serta semangat patriotik yang kukuh perlu disemai dalam setiap hati rakyat di negeri ini dan bukan pada bulan Kemerdekaan sahaja.

“Saya juga berharap agar semangat ini mampu menjadi kekuatan untuk menangkis segala rintangan dan menjelmakan kemodenan Negeri Sembilan melalui slogan ‘Bersih, Muafakat, Sejahtera’,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Majlis Apresiasi Sambutan Hari Kebangsaan 2022 Peringkat Negeri Sembilan di Klana Resort, Seremban.

Show More

Related Articles

Back to top button