Program

Satu lagi manifesto Pakatan Harapan Negeri Sembilan dilaksana

Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan sedang dalam proses melaksanakan salah satu manifesto Pakatan Harapan Negeri Sembilan pada PRU-14 yang lalu; iaitu penukaran status tanah kediaman daripada pajakan kepada hak milik kekal.

Untuk makluman, Negeri Sembilan adalah negeri pertama di dalam Malaysia yang membuka permohonan penukaran status tanah kediaman daripada pajakan kepada hak milik kekal.

Seperti yang dinyatakan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri yang lepas, Kerajaan Negeri telah mendapat kelulusan daripada Majlis Tanah Negara bagi membolehkan inisiatif ini dilaksanakan.

Inilah ruang dan peluang bagi kerajaan membantu rakyat mendapat pemilikan tanah.

Usaha ini sangat diharapkan mendapat sokongan semua pihak demi kepentingan rakyat.

Insya Allah, inisiatif ini akan diperluaskan pada masa akan datang agar lebih ramai lagi mendapat manfaat terutamanya para pemilik rumah.

Show More

Related Articles

Back to top button