Berita

Sekolah Menengah Chung Hua PD terima RM100,000 daripada Aminuddin

PORT DICKSON: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin telah memberikan sumbangan kewangan sebanyak RM100,000 kepada Sekolah Menengah Chung Hua Port Dickson.

Aminuddin berkata, sumbangan tersebut bagi membantu pihak sekolah membina asrama pelajar yang baru.

“Asrama baru tersebut mampu memuatkan sehingga 250 orang pelajar.

“Sumbangan ini juga menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri sentiasa mengambil terhadap pendidikan di negeri ini.

“Perkara ini dapat dilihat dalam Bidang Tumpuan 3 dalam Belanjawan Negeri Sembilan 2023, di mana Kerajaan Negeri memberikan peruntukan sebanyak RM2 juta bagi membantu Sekolah Tahfiz, SJKC, SJKT dan Swasta,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Majlis Perasmian Peletakan Batu Asas Asrama Baharu Empat Tingkat Sekolah Menengah Chung Hua Port Dickson.

Show More

Related Articles

Back to top button