Berita

Selamat Menyambut Tahun Baru 2022-Aminuddin

Selamat Menyambut Tahun Baru 2022 buat rakyat Negeri Sembilan khususnya, serta Malaysia amnya.

Sejujurnya tahun 2021 adalah tahun yang sangat mencabar buat kita semua. Daripada ancaman pandemik, sehinggalah kepada banjir besar yang menimpa sebahagian kawasan negeri.

Walaupun pelbagai cabaran dan dugaan melanda, saya yakin kita pasti mampu mengatasinya dengan tekad dan iltizam serta izin dari yang maha Esa.

Siapa sangka, Negeri Sembilan yang mempunyai antara kes Covid-19 tertinggi dalam Malaysia satu ketika dahulu mampu menjadi negeri kedua selepas Wilayah Persekutuan Labuan yang berpindah ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Kejayaan tersebut adalah hasil usahasama Kerajaan Negeri, kakitangan awam, serta semua rakyat Negeri Sembilan yang berusaha bersungguh-sungguh dalam ruang lingkup masing-masing dan seterusnya membolehkan situasi pandemik Covid-19 dikawal.

Melihat kepada situasi semasa bencana banjir yang melanda, saya yakin kita mampu bersama-sama bangkit mengatasi tragedi ini.

Insyah Allah, rakyat Negeri Sembilan adalah rakyat yang bersatu hati serta sentiasa berpegang teguh kepada semangat perpaduan.

Salam Negeri Sembilan. Bersih, Muafakat, Sejahtera.

YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun,

Menteri Besar Negeri Sembilan,
ADUN Sikamat,
Pengerusi Majlis Pimpinan Pakatan Harapan Negeri Sembilan,
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KeADILan Negeri Sembilan.

01 Januari 2022

Show More

Related Articles

Back to top button