Menarik

Sembilan pelajar IPT dari Gemencheh terima Bantuan Sara Hidup Mahasiswa

GEMENCHEH: Seramai sembilan mahasiswa dan mahasiswi Institut Pengajian Tinggi (IPT) dari DUN Gemencheh telah menerima Bantuan Sara Hidup Mahasiswa dari Yayasan Negeri Sembilan.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Penyelaras DUN Gemencheh, Abd Latif A Tambi di Balai Raya Kampung Tengah, Gemencheh.

“Bantuan Sara Hidup Mahasiswa ini terbuka kepada mahasiswa dan mahasiswi yang sedang melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi.

“Bantuan ini bertujuan membantu meringankan beban kewangan mahasiswa anak Negeri Sembilan dari keluarga berpendapatan rendah.

“Bantuan sebanyak RM100 sebulan akan diberikan kepada pelajar yang berkelayakan,” kata Abd Latif.

Turut hadir Pegawai Pembangunan Insan Yayasan Negeri Sembilan, Encik Farman Othman dan ibubapa pelajar yang menerima bantuan ini.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Bantuan Sara Hidup Mahasiswa, boleh layari laman sesawang Yayasan Negeri Sembilan di www.yns.gov.my

Show More

Related Articles

Back to top button