Berita

Sembilan rumah terjejas akibat ribut

SEREMBAN JAYA: Sebanyak sembilan buah rumah terjejas di Seremban Jaya akibat ribut dan juga puting beliung.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren berkata, kejadian tersebut menyebabkan bumbung rumah mereka rosak.

“Lebih malang lagi apabila rumah bernombor 1994 Jalan SJ 10/8, ini kerana tuan rumah mengadakan kenduri sebelum ribut ini berlaku dan akhirnya mengakibatkan khemah yang dipasang untuk kenduri tersebut telah terbang dalam kejadian ribut itu.

“Saya telah memberikan sumbangan kewangan kepada mereka yang terjejas.

“Manakala, kerja-kerja baik pulih akan dijalankan di bawah Pejabat Tanah dan Daerah Seremban.

“Isu ini juga akan diajukan kepada Majlis Bandaraya Seremban bagi mencari langkah penyelesaian pencegahan ribut tersebut yang kerap berlaku di Fasa 10 Seremban Jaya ini,” kata Gunasekaren.

Show More

Related Articles

Back to top button