Berita

Dua pelajar SMKA SHAMS lakar nama pelajar terbaik Negeri Sembilan

SEREMBAN: Dua orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Dato’ Sheikh Haji Mohd Said (SHAMS) melakar nama apabila menjadi pelajar terbaik bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 Negeri Sembilan.

Pelajar tersebut adalah Naqeeb Yusuf Yasni dan Aisyah Ahmad Hawari. Kedua-dua orang pelajar tersebut mencatatkan keputusan 11A+ dalam peperiksaan SPM.

Naqeeb Yusuf berkata, sebelum menghadapi peperiksaan, dia bersama rakannya kerap mengadakan solat hajat setiap minggu selepas Solat Jumaat.

“Dalam masa sama, kami juga turut mengadakan majlis bacaan Yaasin, mengamalkan makan kurma, dan sentiasa mempunyai hubungan baik dengan para guru.

“Walaupun kita belajar dan menuntut ilmu, aspek kerohanian itu juga sangat penting dan kita juga perlu ikhlas,” katanya yang juga merupakan anak sulung daripada dua beradik.

Dalam pada itu, Aisyah pula berkata bahawa amalan kerohanian perlu sentiasa ditekankan dalam kehidupan seharian bagi mendapatkan kursus berkenaan di sebuah universiti swasta di Nilai.

“Saya berjaya mendapat keputusan 11A+ setelah berusaha bersungguh-sungguh kerana pada peperiksaan percubaan saya hanya memperoleh 10A+ dan 1B,” kata Aisyah.

Show More

Related Articles

Back to top button