Berita

Semoga Allah berkati usaha Kerajaan Negeri Sembilan

SEREMBAN: Pengetua dan pentadbir institusi pendidikan Islam di Negeri Sembilan mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar (MB) Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun di atas kenaikan Bantuan Perkapita.

Pengetua Sekolah Agama Rakyat (SAR) Taman Marida, Senawang, Ali Abdullah berkata, beliau sangat berterima kasih kepada Aminuddin di atas kenaikan 50 peratus Bantuan Perkapita untuk SAR pada tahun ini.

“Terima kasih kepada Menteri Besar, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) yang memberi Bantuan Perkapita kepada sekolah kami,” ujarnya.

Ali Abdullah

Pengetua IISSA Agro Tahfiz, Juasseh, Kuala Pilah, Ahmad Azfar Mohamaddiah turut mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar, MAINS dan JHEAINS di atas kenaikan bantuan ini.

“Tahun lepas RM80 dan tahun ini bantuan dinaikkan kepada RM120 untuk pelajar tahfiz swasta.

“Insyah Allah, mudah-mudahan kami doakan pelajar tahfiz di Negeri Sembilan semuanya menjadi anak yang hebat dan bakal lahirkan generasi Qurani.

Ahmad Azfar Mohamaddiah

Semoga Allah berkati usaha Aminuddin

Pengetua Maahad Tahfiz Darul Ulum Kuala Pilah, Nazirah Hashim turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada Menteri Besar, Kerajaan Negeri, MAINS dan JHEAINS.

“Bantuan ini sedikit sebanyak memberi manfaat luar biasa kepada institusi tahfiz seperti kami.

“Pada tahun ini kami dapat bantuan sebanyak RM16,000.

“Saya juga ingin berterima kasih kepada Menteri Besar dan Kerajaan Negeri di atas keprihatinan kepada madrasah swasta seperti kami.

“Semoga Allah berkati segala usaha Menteri Besar dan Kerajaan Negeri susun dan jalankan untuk kebaikan bersama,” kata Nazirah.

Nazirah Hashim

 

Show More

Related Articles

Back to top button