BeritaMenarikProgram

Jalan Sikamat ditukar kepada Jalan Dato’ Syeikh Mohd Murtadza

SIKAMAT: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun telah merasmikan nama baru Jalan Sikamat kepada Jalan Dato’ Syeikh Mohd Murtadza.

Aminuddin berkata, perkara tersebut dilakukan bagi memberi penghormatan kepada keluarga Allahyarham.

“Beliau merupakan seorang mantan mufti Negeri Sembilan.

“Oleh itu, penukaran nama ini bagi menghargai sumbangan dan pengorbanan beliau dalam perkembangan Islam di Negeri Sembilan khususnya.

“Dalam masa sama, kita juga mahu anak-anak muda di masa akan datang mengenali Allahyarham yang merupakan tokoh Islam terkenal di negara kita,” ujar Aminuddin yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat.

Show More

Related Articles

Back to top button