Siti Aishah anjur Kursus Menjahit Beg Kisslock
GEMAS: Pejabat Penyelaras DUN Gemas dan Power House Wanita Gemilang (PH GEM) telah mengadakan Kursus Menjahit Beg Kisslock yang merupakan program inisiatif Kerajaan Negeri Sembilan.
Program ini dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB Gunasekaran.
Penyelaras DUN Gemas, Puan Siti Aishah Seman@Othman berkata, golongan wanita daripada pelbagai peringkat umur yang datang menyertai program ini untuk menimba ilmu.
“Mereka juga boleh menjana pendapatan dengan menjadikan beg tersebut sebagai bahan jualan cenderahati jika ada yang berminat.
“Saya bangga dengan mereka yang menyertai program seperti ini.
“Program atau kursus dari Kerajaan Negeri adalah untuk mereka yang inginkan sesuatu pembaharuan dalam menjana pendapatan atau yang semata-mata mahukan ilmu,” kata Siti Aishah.
Siti Aishah merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada tenaga pengajar Puan Marzaili Mohd Ariffin yang sudi berkongsi ilmu dengan mereka.
“Terima kasih juga kepada Exco Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan, YB Nicole Tan Lee Koon yang memperkenalkan program seperti ini.
“Program ini adalah secara percuma, bahan dan peralatan juga disediakan oleh tenaga pengajar juga tidak dikenakan bayaran.
“Seramai 30 peserta menyertai program ini,” kata Siti Aishah.