Berita

Subsidi RM100 juta Program Jualan RAHMAH sempena Ramadan dan Aidilfitri

SEREMBAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memperuntukkan sebanyak RM100 juta bagi menjayakan Program Jualan RAHMAH di seluruh negara.

Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh berkata, program jualan murah ini diadakan bagi meringankan beban rakyat sempena bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

“Sebanyak RM125,000 diperuntukkan untuk setiap DUN bagi membolehkan barangan keperluan dapur dijual dengan harga yang lebih murah dari harga pasaran.

“Jualan RAHMAH peringkat Negeri Sembilan akan diadakan selama tiga hari mulai 7 hingga 9 April 2023 melibatkan 11 pasar raya,” kata Fuziah di Majlis Pelancaran Jualan RAHMAH Peringkat Negeri Sembilan di Sikamat hari ini.

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun.

11 buah pasar raya yang terlibat adalah seperti berikut:

1. AEON
2. Billion Shopping Centre
3. Econsave Cash & Carry
4. EconMart
5. Family Store
6. Giant Hypermarket
7. Jakel Trading
8. MYDIN
9. TF Value Mart
10. Tunas Manja
11. Zemart

Show More

Related Articles

Back to top button