BeritaProgram

Rusli sumbang RM31,500 kepada 39 pelajar IPT

LINGGI: Bantuan kewangan sejumlah RM31,500 dari Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan telah diserahkan kepada 39 pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) sepanjang tahun 2021.

Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah berkata, Insentif Kecemerlangan IPT diberikan kepada pelajar dari keluarga kurang berkemampuan, yang berjaya melanjutkan pengajiannya sepanjang tahun ini.

“Di DUN Linggi seramai 17 pelajar telah menerima RM1,000 (Ijazah), 14 pelajar menerima RM750 (Diploma) dan lapan pelajar menerima RM500 (Sijil).

“Saya berharap agar sumbangan secara one-off ini dapat meringankan beban ketua keluarga yang menanggung kos pengajian anak masing-masing,” kata Rusli.

Dalam pada itu, Rusli berkata semua pelajar yang menerima insentif tersebut berjaya melepasi syarat-syarat yang ditetapkan.

“Pemohon mestilah Anak Negeri Sembilan yang menetap di Negeri Sembilan dan memohon dalam tempoh tahun pertama pengajian.

“Pendapatan isi rumah pula tidak melebihi RM4,000.

“Terima Kasih kepada Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan yang telah berjaya melaksanakan inisiatif pendidikan bagi Belanjawan 2021 dan menepati tema belanjawan iaitu Merangsang Ekonomi, Memperkasa Rakyat,” ujar Rusli lagi

Show More

Related Articles

Back to top button