BeritaMenarik

Mustapha santuni anak muda Felda sempena sambutan Israk dan Mikraj

PALONG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Palong, YB Mustapha Nagoor telah menghadiri Majlis Ceramah Sempena Sambutan Israk dan Mikraj yang disampaikan oleh Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, YBhg Dato’ Mohd Zaidi Ramli di Masjid Kariah Felda Palong 14, 15, 16 selepas solat Maghrib secara berjemaah.

“Saya berasa amat beruntung dapat mendengar nasihat-nasihat yang berharga daripada Dato’ Mohd Zaidi, yang memberi kita peluang untuk lebih mendalami makna dan hikmah dari peristiwa Israk dan Mikraj.

“Selepas solat Isyak secara berjemaah, saya ke Pusat Komuniti Palong 14, 15, 16 untuk menyantuni anak-anak muda di sini pula,” ujar beliau.

Mustapha berkata, beliau mengadakan komunikasi dua hala dan dapat bertukar pandangan dengan mereka mengenai pelbagai isu dan cabaran yang dihadapi oleh generasi muda pada hari ini.

“Pelbagai perkara telah dibincangkan termasuk pendidikan dan pembangunan komuniti untuk anak-anak muda.

“Saya berharap dapat berkolaborasi dan berinteraksi secara lebih dekat dengan generasi muda pada masa akan datang dengan harapan dapat membantu mereka mencapai potensi penuh mereka dan menjadi pemimpin yang bertanggungjawab dalam masyarakat.

“Atas kebersamaan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah hadir.

“Semoga kita semua terus menerus mendapat hidayah dan keberkatan daripada Allah SWT dalam setiap langkah kita,” kata Mustapha yang juga Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan.

Show More

Related Articles

Back to top button