Berita

SJKT Ladang St.Helier Bahau terima sumbangan kewangan dari Veerapan

REPAH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repah, YB Veerapan Superamaniam telah menyumbang RM3,000 kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang St.Helier di Bahau.

Veerapan menyerahkan sumbangan tersebut dalam majlis perasmian Hari Anugerah Cemerlang dan Majlis Graduasi Murid Tahun 6 SJKT Ladang St.Helier.

“Saya menyeru para pelajar supaya belajar bersungguh-sungguh untuk masa depan yang lebih cerah.

“Saya berjanji akan membawa isu bangunan tambahan sekolah serta penyelenggaraan dewan sekolah dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri seterusnya untuk diangkat ke peringkat Kementerian Pendidikan.

“Syabas dan tahniah kepada pihak sekolah termasuk PIBG dan Lembaga Pengurusan Sekolah di atas kejayaan program yang berlangsung,” ujar Veerapan.

Veerapan turut berkongsi perjalanan kerjaya beliau di mana beliau menekankan bahawa akademik sangat penting buat generasi muda dalam membangunkan negara.

Show More

Related Articles

Back to top button