Berita

Sukan Anak Bola DUN Lenggeng galak semangat kejiranan

LENGGENG: Pusat Khidmat Rakyat DUN Lenggeng telah menganjurkan Sukan Anak Bola di Padang Bola Sepak Taman Panchor Jaya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, YB Ustaz Suhaimi Kassim berkata, kejohanan ini diadakan julung kali dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga (KRT).

“Visi dan misi pertandingan ini amat jelas untuk menyatukan semangat kejiranan serta penglibatan ibu bapa terhadap anak-anak dalam apa sahaja aktiviti sukan.

“Penglibatan bersama KRT amat penting bagi mengekalkan visi dan misi pertandingan untuk menyatukan semua masyarakat di bawah DUN Lenggeng, tanpa mengira bangsa dan agama,” ujarnya.

Pasukan BOLA KG FC muncul juara kategori Bawah 12 tahun dan membawa pulang hadiah wang tunai RM500.

Pasukan BAROOQAH FC menjadi johan kategori Bawah 9 tahun yang juga memenangi hadiah wang tunai RM500.

Suhaimi berkata, bakat anak muda ini tidak akan berakhir di sini, malah dengan menyertai pertandingan seperti ini, anak-anak ini akan lebih bersemangat dan lebih berani dalam apa sahaja aktiviti sukan akan datang.

“Tahniah kepada mereka yang menang.

“Ribuan terima kasih kepada Pusat Pembangunan Belia Harapan Negeri Sembilan (TABAH) serta Exco Belia dan Sukan Negeri Sembilan, YB Dato’ YB Mohamad Taufek Abd Ghani yang telah hadir bagi memeriahkan lagi Pertandingan Sukan Anak Bola.

“Tidak lupa juga kepada Pengerusi ERAT@NS, YB Choo Ken Hwa turut membantu memberi sumbangan untuk Pertandingan Sukan Anak Bola ini,” kata Suhaimi.

Show More

Related Articles

Back to top button