Daripada tahun 2019 sehingga 2022, inisiatif Tabung Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) telah memberi manfaat kepada 5,149 orang usahawan manakala TUNS PLUS yang bermula tahun 2021 sehingga 2022 telah memberi manfaat kepada 417 orang usahawan.
Berdasarkan Kajian Penilaian Outcome Program Inisiatif Negeri Sembilan yang telah dibuat oleh Kumpulan Akademi Yayasan Negeri Sembilan pada tahun 2022, melaporkan:
Seramai 82.9 peratus penerima berjaya meningkatkan pendapatan; manakala seramai 82.8 peratus telah berjaya menawarkan peluang pekerjaan melalui perniagaan mereka.