Sumbangan komputer riba mudahkan pembelajaran pelajar IPT
KUALA PILAH: Sumbangan komputer riba yang diberikan oleh Kerajaan Negeri amat membantu bagi memudahkan urusan mahasiswa di Institut Pengajian Tinggi (IPT).
Cik Natasha Azhar berkata, sumbangan ini lebih memudahkan beliau untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah.
“Oleh itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun atas sumbangan yang diberikan ini,”kata Natasha yang merupakan salah seorang penerima.
Dalam pada itu, Encik Lee Hong Wei pula berkata, beliau amat gembira apabila dipilih sebagai salah seorang penerima komputer riba ini.
“Saya sangat gembira apabila dapat makluman saya akan terima komputer riba ini.
“Hal ini kerana, komputer riba yang sedia ada telah rosak dan sedikit menyukarkan saya untuk belajar atau membuat tugasan.
“Saya berharap sumbangan ini dapat membantu saya untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang di Universiti,” kata Lee.