Berita

Sungai Timun tarikan eko-pelancongan utama Rembau

REMBAU: Sungai Timus merupakan satu lagi tarikan eko-pelancongan di daerah Rembau.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, terdapat pelbagai tarikan yang menarik di sini.

“Antaranya adalah kelip-kelip, buaya, burung serta memancing.

“Perkara ini selari dengan manifesto yang dibawa oleh Kerajaan Perpaduan PH-BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu.

“Dalam masa sama, ia dapat membantu merangsang sektor pelancongan domestik yang merancakkan ekonomi setempat,” kata Aminuddin.

Dalam pada itu, Aminuddin turut melepaskan 20,000 anak benih udang galah di kawasan tersebut.

“Hal ini bagi membantu meningkatkan populasi udang galah yang merupakan sumber rezeki utama buat nelayan dan masyarakat di sini,” ujar beliau.

Show More

Related Articles

Back to top button