Berita
Kerosakan paip akan di atasi segera: ARUL
NILAI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nilai, YB J.Arul Kumar berkata, kerosakan paip yang berlaku di Taman Bukit Cerana akan di atasi segera.
“Kerosakan tersebut terjadi akibat tekanan air yang sangat tinggi.
“Perkara tersebut berkemungkinan daripada kerja-kerja pemasangan paip yang dijalankan di kawasan perumahan sebelah.
“Saya telah menghubungi pihak pemaju untuk mengatasi masalah ini.
“Mereka bersetuju untuk membaiki kerosakan tersebut.
“Saya juga turut meminta supaya setiap perkara yang memberikan kesan kepada penduduk lain mesti diberi makluman awal,” kata Arul Kumar.