Berita

Program Kota Sufi Se-Nusantara jawab persoalan masyarakat hari ini

SENDAYAN: Program Kota Sufi Se-Nusantara yang dianjurkan oleh Jabatan Mufti Negeri Sembilan mampu memberikan jawapan kepada persoalan yang dilontarkan oleh masyarakat hari ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, pelbagai tohmahan dilemparkan terhadap tasauwuf dan ahli sufi.

“Kebanyakkan datang daripada mereka yang memusuhi tariqat ataupun daripada kelompok aliran sekular.

“Oleh itu, dengan adanya majlis seperti ini dapat menjawab keraguan yang ditimbulkan.

“Ini juga merupakan tugas para generasi baru hari ini untuk mempertahankan amalan yang telah diwarisi daripada ulama yang lalu,” kta Aminuddin.

Aminuddin menambah, program ini juga bertujuan untuk bermuzakarah dan mencetuskan pengisian ilmu kesufian.

“Hal ini supaya dapat menjadi teras kemajuan, keharmonian dan kestabilan sesebuah negara,” ujar beliau.

Show More

Related Articles

Back to top button