Berita

Luna Wonderland kini dibuka di Seremban

SEREMBAN: Luna Wonderland 2023 Malaysia Tour kini dibuka di Taman Malaysia Seremban.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, program ini berlangsung dari 25 Ogos sehingga 24 September 2023, bermula dari jam 7.00 malam sehingga 12.00 malam dengan harga tiket serendah RM15 bagi dewasa dan kanak-kanak bawah 12 tahun adalah RM8.

Beramah mesra bersama pengunjung di Luna Wonderland 2023 Malaysia Tour Seremban yang bertempat di Taman Malaysia Seremban pada malam tadi.

“Program ini dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Seremban dengan kerjasama Red Bear Event.

“Program ini telah mendapat pengiktirafan The World Book Of Record 2023 – The Largest Lighting Event In A Park.

“Besarlah harapan saya agar dengan perlaksanaan program ini akan menarik lebih ramai lagi pengunjung,” kata Aminuddin selepas beramah mesra dengan pengunjung malam tadi.

Show More

Related Articles

Back to top button