Berita

Surau Taman Tuanku Ampuan Najihah dinaiktaraf

SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah melawat dan meninjau kerja-kerja penyelenggaraan dan naiktaraf surau/Dewan Komuniti Islam dan Tadika Rajin Utama di Taman Tuanku Ampuan Najihah.

“Kerja-kerja penyelenggaraan dan naiktaraf ini perlu kerana surau dan tadika ini mengalami beberapa kerosakan infrastruktur.

“Kerja-kerja ini akan dilaksanakan di bawah Peruntukan P.56 berjumlah RM 10,000 untuk masyarakat DUN Seremban Jaya.

“Semoga kerja-kerja naiktaraf ini memberi keselesaan kepada jemaah surau dan pelajar tadika,” kata Gunasekaren.

Turut hadir, Ahli Majlis Daerah Rembau, Encik Mohan dan Pengerusi Cawangan Taman Tuanku Jaafar, Encik Suriya serta wakil pihak pengurusan surau dan tadika.

Show More

Related Articles

Back to top button