Berita

Cuaca buruk seluruh Negeri Sembilan hingga Khamis ini

SEREMBAN: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) telah mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (buruk) seluruh Negeri Sembilan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato Seri Aminuddin Harun berkata, cuaca buruk tersebut dijangka berlaku hingga Khamis ini.

“Amaran tersebut dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumla hujan melebihi 60 milimeter dalam tempoh enam jam.

“Kerajaan Negeri juga sentiasa memantau keadaan melalui pusat kawalan strategik NeSCOM dan bersedia untuk menggerakkan sebarang aset sekiranya terdapat keperluan,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button