Berita

Jualan Murah DUN Gemencheh ‘licin’ dalam masa 90 minit

GEMENCHEH: Program Jualan Harga Ladang Nismilan Prihatin DUN Gemencheh 2022 mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat setempat.

Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A.Tambi berkata, program ini bermula jam 8.00 pagi sehingga 9.30 pagi bertempat di Tapak Pasar Rabu, Parit Buloh.

“Pelbagai barangan keperluan yang dijual murah, habis dalam masa 90 minit termasuk ayam, ikan, sayur-sayuran, telur, minyak masak, gula, tepung dan beras.

“Program Jualan Harga Ladang Nismilan Prihatin ini adalah manifestasi keprihatinan Kerajaan Negeri Sembilan terhadap kenaikan harga barang.

“Harga barang yang dijual lebih murah 20 hingga 30 peratus daripada harga pasaran,” ujar Abd Latif.

Turut bersama menjayakan jualan ini, Pengerusi MPKK Parit Buloh, Encik Abdull Aziz serta Setiausaha MPKK Parit Buloh, Puan Susilawati.

Show More

Related Articles

Back to top button