Berita

Tapak penjaja baharu untuk peniaga di Taman Tuanku Ampuan Najihah

SEREMBAN JAYA: Majlis Bandaraya Seremban akan membina gerai penjaja di Taman Tuanku Ampuan Najihah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren berkata, penempatan semula dan pembinaan gerai yang baharu ini adalah demi penjaja tempatan yang sudah lama berniaga di tapak lama yang cukup terkesan sejak tempoh PKP dan pandemik Covid-19.

“Peniaga akan memiliki gerai yang standard, lebih selesa dan boleh menjalankan perniagaan secara sah kerana akan memiliki lesen bagi menjalankan perniagaan tanpa sebarang masalah.

“Terima kasih kepada pihak MBS yang telah meluluskan peruntukan bagi pembinaan gerai penjaja yang lebih sistematik,” ujar Gunasekaren.

Ahli MBS Puan Jamilah Said Ali turut turun padang menyantuni penjaja di Taman Tuanku Ampuan Najihah.

Show More

Related Articles

Back to top button