Tarikan pelancongan dan rangsangan ekonomi, antara manfaat yang bakal dinikmati oleh Kerajaan Negeri Sembilan.
Pasar Tamu Dayak Seremban atau lebih dikenali sebagai Pasar Borneo Sarawak di Medan Rahang telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren.
Ini membuktikan bahawa Seremban turut menjadi bandar penting buat penduduk Borneo khususnya Sarawak bagi menjana ekonomi.
Pasar ini menjual pelbagai jenis jualan dari Sarawak seperti makanan, kraftangan, pakaian dan sebagainya.
Terima kasih diucapkan kepada Ahli Majlis Bandaraya Seremban (MBS), Puan Winnie Suri yang mencadangkan idea ini.