Berita

Taufek santuni penduduk kurang kemampuan DUN Paroi

PAROI: Pusat Khidmat Rakyat DUN Paroi dengan kerjasama Kelab Ronda Berkebajikan Negeri Sembilan telah mengadakan program menyantuni penduduk yang sakit dan kurang berkemampuan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi, YB Dato’ Mohamad Taufek Abd Ghani berkata, pihaknya telah menghulurkan sumbangan kewangan kepada keluarga yang memerlukan.

“Sumbangan kewangan ini disalurkan kepada penduduk yang memerlukan di Kampung Paroi, Taman Tasik Jaya, Kampung Sentosa dan Kampung Sentosa Jaya.

“Bersama kita mendoakan supaya penduduk-penduduk DUN Paroi khususnya dan yang lain kekal sihat dan sejahtera di bawah perlindungan Allah S.W.T.” ujar Mohamad Taufek.

Show More

Related Articles

Back to top button