BeritaProgram

Penerima TUNS dan TUNS PLUS berjaya gandakan pendapatan

Pendapatan daripada RM5 ribu kepada RM10 ribu sebulan

Pengusaha Popcorn dan kerepek, Puan Norain Khairuddin dari Bahau berjaya mengandakan pendapatan selepas mendapat bantuan Kerajaan Negeri menerusi inisiatif TUNS dan TUNS PLUS.

Norain berkata, bantuan RM3,000 (TUNS) dan RM15,000 (TUNS PLUS) amat membantu usahawan industri kecil sederhana seperti beliau.

“Pinjaman tanpa faedah TUNS PLUS membolehkan saya membeli beberapa mesin seperti vakum sealer.

“Hasil bantuan TUNS PLUS, saya telah membeli vakum sealer iaitu vakum sedut angin yang membolehkan saya meluaskan pasaran ke seluruh Malaysia.

“Vakum sealer ini perlu bagi memastikan popcorn dan bungkusan popcorn yang dihantar ke seluruh negara tidak pecah.

“Apabila popcorn ini sampai kepada pengedar dan pelanggan di luar Negeri Sembilan, kualitinya terjamin.

“Setelah membeli vakum sealer ini, saya dapat meningkatkan pendapatan saya daripada RM5,000 kepada RM10,000 sebulan,” jelas Norain.

Show More

Related Articles

Back to top button