Berita

Tawaran Muhyiddin sudah terlambat, tidak ikhlas

Muhyiddin wajib letak jawatan

SEREMBAN: Tawaran Tan Sri Muhyiddn Yassin kepada Ahli Parlimen Pakatan Harapan sudah terlambat kerana keabsahan beliau sebagai Perdana Menteri menjadi pertikaian.

Ahli Parlimen Rasah, YB Cha Kee Chin berkata, beberapa tawaran Muhyiddin itu sebenarnya telah ditawarkan dalam Manifesto Pakatan Harapan pada PRU-14.

“Antaranya hak kelayakan pengundi diturunkan kepada 18 tahun, pendaftaran automatik pengundi berumur 21 tahun, akta lompat parti dan had dua penggal jawatan perdana menteri.

“Sekiranya Muhyiddin ikhlas, sepatutnya beliau laksana semua tawaran ini selepas mengambil alih pentadbiran kerajaan persekutuan melalui ‘pintu belakang’ atau Langkah Sheraton.

“Apabila beliau sudah hilang majoriti, kini barulah beliau menawarkan cadangan ini.

“Ini jelas satu tindakan terdesak beliau untuk bertahan sebagai perdana menteri,” kata Cha.

PN wujud melalui pengkhianatan terhadap mandat rakyat

Cha berkata secara peribadi beliau boleh menerima semua cadangan Muhyiddin, namun Muhyiddin tetap wajib meletak jawatan sebagai perdana menteri.

“PN diwujudkan melalui pengkhianatan terhadap mandat rakyat.

“Kini PN gagal memerangi pandemik Covid-19, mengakibatkan ketidakstabilan politik dan kemelesetan ekonomi,” ujar Cha yang juga Setiausaha Majlis Pimpinan Pakatan Harapan Negeri Sembilan.

Show More

Related Articles

Back to top button