Berita

Techpark@enstek bantu pertumbuhan ekonomi negeri

SEREMBAN: Techpark@enstek telah membantu menjana pertumbuhan ekonomi di Negeri Sembilan.

Exco Perindustrian dan Hal Ehwal Bukan Islam, YB Teo Kok Seong berkata, projek yang dijalankan oleh TH Properties ini telah berjaya menarik minat beberapa pelaburan besar seperti Dutch Lady Milk Industries Berhad, Kellanova Malaysia Purecircle Sdn Bhd, Farm Fresh Berhad dan sebagainya.

“Sehingga tahun ini pelaburan melebihi RM4 billion telah dicatatkan melalui projek Fasa 1 dan Fasa 2 yang dijalankan.

“Dalam masa sama ia juga telah membuka peluang lebih 1,500 pekerjaan untuk masyarakat setempat.

“Oleh itu, Kerajaan Negeri kekal komited dalam menyediakan pelbagai insentif untuk memberi laluan dan kemudahan kepada syarikat seperti TH Properties untuk membangunkan perniagaan mereka.

“Rancangan pembangunan yang dilakukan dipandu mengikut Rancangan Pembangunan Negeri Sembilan 2021-2025 (RPNS) dan Pelan Ekonomi Digital negeri Sembilan 2023-2027 (PEDNS),” kata Teo.

Show More

Related Articles

Back to top button