Berita

Tembok rumah runtuh di Taman Desa Pinang akan dibaiki segera

BAGAN PINANG: Penyelaras DUN Bagan Pinang, Tuan Nasir Raman dan Ahli Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Encik Zamrry Ibrahim bersama pegawai MPPD telah melawat beberapa lokasi yang terkesan akibat hujan lebat yang berlarutan baru-baru ini.

Nasir berkata, beliau dan pegawai MPPD turun padang selepas mendapat aduan dari penduduk kampung.

“Hujan lebat yang berlarutan menyebabkan tembok di beberapa rumah runtuh dan menutup laluan longkang.

“Tembok-tembok tersebut runtuh apabila air hujan yang mengalir di dalam tanah meretakkan benteng longkang dan merosakkan tapak tembok.

“Selepas mengadakan lawatan ini, pihak MPPD akan menguruskan kerja-kerja pembaikan longkang dalam masa terdekat bagi mengelakkan berlakunya banjir pada musim hujan ini,” kata Nasir.

 

Show More

Related Articles

Back to top button