BeritaMenarik

Negeri Sembilan gempur penyewa rumah pangsa langgar syarat sewa

SEREMBAN: Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan, YB J.Arul Kumar telah mengetahui Operasi Pemutihan Penyewa Rumah Pangsa Kerajaan Tun Dr Ismail di sini bersama Unit Perumahan SUK Negeri Sembilan.

“Rumah pangsa kerajaan disediakan untuk keluarga yang miskin dengan bayaran sewaan paling minimum, iaitu hanya berpuluh ringgit sahaja dan ada yang hanya RM50 sebulan.

“Maka, jika ada keluarga yang sudah memiliki rumah di luar atau sudah mempunyai pendapatan tinggi tetapi menyewakan rumah sewa tersebut kepada pihak lain atau tidak tinggal atau jadikan sebagai stor sudah tidak lagi layak untuk tinggal di rumah sewaan tersebut.

“Justeru itu, operasi pemutihan ini bagi mengenalpasti mana-mana penyewa yang melanggar syarat dan Unit Perumahan SUK Negeri Sembilan akan tarik balik rumah sewa tersebut dan berikan kepada keluarga yang layak,” ujar Arul Kumar.

Arul Kumar berkata, beliau telah meminta Unit Perumahan SUK untuk membuat operasi pemutihan di semua skim rumah-rumah pangsa milik Kerajaan Negeri Sembilan.

Show More

Related Articles

Back to top button