Aktiviti

Tengok buaya di Sungai Timun

Pihak Pengurusan Nelayan Sungai Timun ada menyediakan perkhidmatan 𝐑𝐢𝐯𝐞𝐫 𝐂𝐫𝐮𝐢𝐬𝐞 𝐒𝐮𝐧𝐠𝐚𝐢 𝐑𝐞𝐦𝐛𝐚𝐮. Perjalanan ini akan menyusuri Sungai Timun dan Sungai Rembau.

Anda akan disajikan dengan keindahan alam flora dan fauna semulajadi sepanjangan perjalanan ini. Anda juga boleh melihat dengan lebih dekat buaya yang berada di sepanjang sungai ini.

Selain itu, pengunjung akan dibawa melawat Taman Lokan, makan buah nipah terus dari pokok, serta melihat kelip-kelip di waktu malam.

Setelah penat berjalan, para pengunjung boleh singgah sebentar di Restoran Terapung Sungai Timun untuk merasai sendiri makanan kampung penduduk setempat.

Untuk tempahan bot serta juru pandu arah, anda boleh hubungi Encik Sadam 013-6587252 dan Encik Ipin 011-19254269.

Show More

Related Articles

Back to top button