BeritaMenarikProgram

Terasa dihargai dan diangkat: PENGGALI KUBUR

RAMADHAN: Penggali kubur menzahirkan rasa dihargai dan diangkat apabila Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun memperkenalkan insentif one-off penggali kubur sebanyak RM1,000 dalam pembentangan Bajet 2023.

Encik Norazam Ahmad, 56, yang bertugas sebagai penggali kubur di Masjid Lenggeng berkata, selama ini tidak pernah ada inisiatif sebegini diberikan kepada penggali kubur.

“Selama ini kami sebagai penggali kubur terasa seperti diabaikan dan hanya dipanggil apabila ada keperluan.

“Oleh itu, insentif yang diberikan oleh Dato’ Seri Aminuddin ini sangat bermakna buat saya.

“Ribuan terima kasih diucapkan kepada beliau kerana memberikan perhatian kepada kami,” kata Norazam yang berkhidmat sebagai penggali kubur selama 15 tahun.

Manakala, Encik Ali Manan, 84, menyifatkan pengumuman insentif RM1,000 ini sebagai satu peristiwa bersejarah.

“Sebelum ini tidak pernah dapat. Hari ini dalam sejarah apabila penggali kubur menerima insentif sebanyak RM1,000.

“Terima kasih kepada Menteri Besar Negeri Sembilan dan juga kepada Kerajaan Negeri yang prihatin kepada penggali kubur,” ulas Ali Manan.

Show More

Related Articles

Back to top button