Teriang FC juara Kejohanan Futsal Piala Dato’ Bakri
KLAWANG: Teriang FC muncul sebagai juara Kejohanan Futsal Tertutup Parlimen Jelebu Piala YB Dato’ Bakri Sawir.
Teriang FC membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500, piala dan medal.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), YB Dato’ Bakri Sawir berkata, penganjuran pertandingan seperti ini adalah bagi memberi peluang kepada belia di dalam DUN Klawang dan Parlimen Jelebu meluangkan masa ke arah aktiviti yang sihat.
“Di samping sebahagian dari tuntutan agama yang mana menjaga kesihatan diri ia juga adalah bagi mencungkil bakat-bakat belia agar dapat diketengahkan ke pertandingan yang lebih besar.
“Saya akan meneruskan penganjuran pertandingan seumpama ini pada masa-masa akan datang,” katanya.
Pertandingan yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat DUN Klawang bersama MPKK Kampung Peradong dan MPKK Kampung Chenor menyaksikan 24 pasukan bertanding secara liga.